Senarai Antivirus Terbaik

Ramai diantara kita yang tertanya-tanya apakah antivirus yang terbaik buat mereka. Sebenarnya antivirus yang terbaik ialah antivirus yang selalu dikemaskini. Jika tidak dikemaskini, antivirus anda tidak dapat mengesan kebanyakan virus yang semakin hari semakin bertambah dalam dunia komputer.

Beberapa bulan lepas, saya telah menjalankan kajian dan telah mendapatkan beberapa sumber berkenaan senarai antivirus terbaik. Perhatikan gambarajah di bawah.

Sumber asalnya boleh didapati di : http://anti-virus-software-review.toptenreviews.com/

Produk Menarik:

http://gempurvirus.com

Simptom Diserang Virus

Antara simptom yang dapat dikesan apabila komputer anda telah diserang virus ialah:


teknikpc
Task Manager Dimatikan

teknikpc
Registry Dihalang

teknikpc
Folder Options dihilangkan

Selain itu, komputer anda juga akan menjadi lambat. Tahap kelajuan internet anda juga turut menurun.

apa-apa pun, saya menyarankan anda supaya mendapatkan buku Teknik Menggempur Virus untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Kenapa Perlu Update Antivirus

Antivirus mesti dikemaskini setiap masa untuk menghalang komputer terhadap serangan virus yang terkini. Setiap pengemaskinian, antivirus mampu menghalang virus yang telah dimasukkan ke dalam pengkalannya. Lihat penerangan di bawah.


06/07/2008 virus
03/07/2008 antivirus
*virus lebih terkini berbanding
Antivirus

Perhatikan: virus terbaru dicipata pada 06/07/2008 manakala antivirus anda dikemaskini pada 03/07/2008. Ini bermakna, antivirus anda berkemungkinan tidak dapat menghalang virus tersebut.

----------------------------------------------------------------------------

03/09/2008 virus
24/09/2008antivirus
*antivirus lebih terkini berbanding
Virus.

Perhatikan: virus dicipta pada 03/09/2008 manakala antivirus anda dikemaskini pada 24/09/2008. Ini bermakna, antivirus anda berkemungkinan besar dapat menghalang virus tersebut.


Sekiranya virus lebih terkini berbanding antivirus anda, berkemungkinan besar antivirus anda tidak dapat menghalang serangan virus tersebut.

Setiap antivirus memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Gunakan antivirus yang sesuai mengikut keperluan anda.

Senarai Antivirus

Banyak perkhidmatan antivirus yang berada di pasaran. Setiap antivirus memiliki tahap keselamatan yang berbeza. Mereka berusaha untuk menjaminkan kepuasan kepada pengguna dan sentiasa bertungkus-lumus untuk membanteras serangan virus yang semakin menjadi-jadi. Banyak perkhidmatan yang boleh didapati secara percuma mahupun berbayar. Gunakan antivirus mengikut keperluan.. Berikut ialah antara senari antivirus yang berada di pasaran:

Bit Defender
Kaspersky
Avg
Avast
F-secure

Gunakan antivirus mengikut keperluan.

Masalah Virus

Kita sering mendengar berita tentang kemunculan virus yang baru. Malah Malaysia sendiri pun mempunyai virus tersendiri. Mengikut informasi dan pengetahuan saya, ada antara golongan IPTA mencipta virus-virus baru untuk disebarkan. Saya tidak pasti apa tujuan mereka sebenarnya. Mungkin bagi mereka, mencipta virus boleh mendatangkan kepuasan dan dipandang tinggi oleh teman-teman sekeliling.

Jika nak dibandingkan, virus tersebut tidak standing dengan virus luar Negara. Menurut fakta, Malaysia adalah antara negara yang menjadi sasaran utama virus dan bot(program jahat).

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk kita hadapi ancaman virus yang kian meruncing. Antara cara yang kita boleh gunakan ialah:

1 sentiasa aktifkan antivirus dan dikemaskini
2. memasang anti-spyware
3. memiliki ilmu pengetahuan mengenai virus.

Walaubagaimanapun, sebenarnya ilmu pengetahuan adalah lebih penting menghadapi ancaman ini. Kita sebenarnya boleh bergantung pada antivirus. Akan tetapi, setiap antivirus pun mempunyai kelebihan dan kekurangan masing. Masing-masing mempunyai tahap keselamatan yang berbeza.

Saya ada terbaca buku mengenai Teknik Menggempur Virus di http://viruskillz.blogspot.com . Kandungan didalam buku tersebut amat menarik perhatian saya. Bagi saya, setiap pengguna komputer patut memiliki buku ini.

blogger templates | Make Money Online